Assalamualaikum.,
Pernah dengar lepat timpan atau lepat inti? Ini adalah sejenis kuih tradisional dari aceh. Sungguh enaklah bagi saya...sama ada inti kelapa atau kaya, dua-duanya sangat enak. Maklum saja, sejak kecil memang suka makan kuih ini. Anak-anak juga suka, cepat saja habis. Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Jika di Aceh, sajian lepat ini juga di buat semasa menyambut lebaran atau Hari Raya.
Resepi ini mungkin tak sama dengan Timpan asli di sana kerana sudah lama di bawa ke Malaysia sejak turun temurun dan ada bahan-bahannya yang sedikit berubah.
|
Jom check resepi..saya buat 2 jenis inti iaitu sekaya dan kelapa.
LEPAT INTI (TIMPAN) – ALA ACEH
6 biji
pisang raja (saya guna pisang emas)
4 sudu
makan gula pasir
200gm
tepung pulut
50gm
tepung beras
50ml
santan pekat
Secubit
garam
Daun
pisang untuk membungkus.
Cara-cara:
1. Ramas pisang, campur dengan
tepung pulut, gula pasir dan garam.
2. Tuang santan sedikit demi
sedikit dan uli, tabur tepung juga tepung beras untuk memastikan adunan tidak
melekat di jari. Sebaiknya jika adunan
tidak melekat, hentikan penggunaan tepung beras dan sebaliknya.
3. Ambil adunan dan leperkan di
atas daun pisang yang di layur terlebih dahulu, serta masukkan inti dan
bungkus.
4. Kukus selama 15minit hingga
masak. Sajikan.
A : INTI KELAPA
200gm
kelapa parut yang putih
75gm
gula melaka di sisir
50ml
air
2helai
daun pandan – di simpul
Secubit
garam
Cara :
Larutkan gula dalam air bersama daun pandan dan garam serta masukkan kelapa
parut. Masak hingga kering.
B : INTI SEKAYA
1
cawan telur ayam
1
cawan gula pasir
1
cawan santan pekat
Secubit
jintan manis serbuk
1 sudu
teh esen vanilla
1cm
kayu manis
Cara : Putar dengan whisk telur
& gula pasir, di ikuti dgn santan pekat hingga kembang. Kukus hingga masak.
|
Sudah lama sya cari resepi ini.
BalasPadamSya akan cuba n dptla melepas rindu semasa merantau di negara orang..
Time ksh bnyk fiza..