CHINESE CABBAGE ROLLS

Assalamualaikum :)

Suka tidak makan sayur? Bagi saya, sayur tu penting dalam pengambilan harian selain dari ulam-ulaman, tapi tiap hari kalau asyik masak sayur tumis atau sayur lemak, menjemukan juga ya. Sesekali kita ubah, dengan mencuba kukus dan  buatkan inti untuk sayur ala-ala dimsum bagaimana? Tak salah mencuba...sebab hasilnya memang tidak mengecewakan :)

Jom kita lihat bagaimana caranya...
CHINESE CABBAGE ROLLS 

Bahan-bahan (untuk inti)
1 cawan udang atau stick ketam (boleh juga di gunakan isi ikan atau daging)
2 cendawan shitake - di mayang 
1 batang lobak merah - saiz sederhana - potong seperti mancis
1 biji telur di rebus dan potong halus
1 sudu teh minyak bijan


Bahan untuk kulit
6 kelopak kobis cina - di celur dengan air panas hingga lembut


Bahan untuk kuah 
2/4 cawan air + 1 kiub ayam maggi dan 1 sudu tepung jagung 
1 sudu teh kicap cair
1/4 sudu teh lada sulah 


Cara membuatnya :

1. Campurkan semua bahan untuk inti, masukkan ke dalam mangkuk dan perasakan dengan lada sulah dan sedikit garam.

2. Ambil sedikit inti dan letakkan di atas kobis yang telah di celur tadi da gulungkan seperti kuih dadar.

3. Aturkan ke dalam pinggan dan tuangkan kuah.

4. Kukus selama 10 hingga 15minit dan hidangkan.