Assalamualaikum,
Mood hari Raya Aidil Adha sudah tiba. Hari ni saya nak berkongsi cara membuat ketupat palas jagung. Seperti yang kita maklum, ketupat daun palas adalah hidangan istimewa bagi penduduk di utara semenanjung Malaysia dan di gandingkan dengan rendang atau kari pada hari lebaran. Seperti tidak lengkap lebaran samaada Hari Raya Puasa atau Aidil Adha, tanpa menghidangkan ketupat.
Oleh kerana tidak mempunyai stok jagung segar, saya hanya menggunakan jagung dalam tin (whole kernel). Tapi pastikan di sejat dahulu airnya dan kita hanya menggunakan isi jagung sahaja yang di campurkan dengan pulut. Jika di sini, tidak menjadi kesulitan untuk mendapatkan daun palas kerana sentiasa di jual di pasar basah. Cara membungkusnya juga tidaklah sesukar yang di bayangkan ;). Untuk adik-adik yang baru nak belajar membungkus ketupat daun palas, saya sertakan pautan dari you tube di sini untuk tutorial, langkah demi langkah.
Jom kita lihat resepinya,
KETUPAT PALAS JAGUNG
Bahan-bahan
Daun palas
1 kg beras pulut
1 camca teh garam
1 camca teh gula
Santan dari sebiji kelapa (kira-kira 1/2 kg santan)
Sebatang jagung di ambil isinya (saya gunakan satu tin isi jagung - whole kernel)
Cara membuatnya.
1. Buka daun palas dan bentukkan menjadi ketupat. Ketepikan dahulu. Ada yang membuka daun palas ini sehari sebelum membuat ketupat. Tujuan nya adalah untuk melembutkan daun dan memudahkan pulut di balut.
2. Tanak pulut dengan santan, garam dan gula hingga suku masak. Sukatan yang betul untuk santan ialah santan sama paras atau lebih sedikit sahaja dari beras pulut. Jagung di masukkan ketika santan hampir kering, kacau sebentar dan matikan api.
3. Sejukkan pulut tadi sebentar, dan bolehlah di bungkus.
4. Setelah siap di bungkus, bolehlah di rebus ketupat tersebut. Saya memilih untuk mengukus selama kira-kita sejam.
KETUPAT YANG TELAH SIAP DI KUKUS.
Untuk yang ingin belajar cara membungkus ketupat..sila lihat link ini. Semoga membantu ;)
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)