KUIH KASUI KELADI

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu dan semoga kita di berikan kesihatan yang baik hari ini. Rencana nak bersantai kemana agaknya dengan keluarga tercinta hari ini ya. Bagi setengah orang, waktu beginilah sesuai untuk mencuba masak resepi baru setelah tiap hari menghabiskan masa di pejabat.

Kalau anda tercari-cari kuih pemanis mulut petang ni, apa kata cuba resepi kuih kasui keladi? Mudah sangat membuatnya. saya hanya kukus 15minit saja menggunakan acuan kecil.

Jom lihat resepinya...
KUIH KASUI KELADI 
300gram keladi - di potong dadu dan kukus hingga lembut dan di lecek
300ml santan
200gram gula pasir
100gram tepung beras
70 gram tepung ubi
sedikit pewarna unggu
Garam secukup rasa

                                          Keladi di potong dadu 

                           Di kukus selama 10 ke 15minit hingga lembut 


                              Keladi yang telah masak di lecek halus 


Cara Membuatnya:-

1. Satukan semua bahan termasuk keladi yang telah di lecek .Blender hingga adunan halus dan tak berketul.


2. Masukkan bahan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit (jika menggunakan acuan kecil dan 25minit jika menggunakan loyang)

3. Biarkan sejuk sebelum di gaul dengan kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)