KEK KUKUS COKLAT LEMBAB, MUDAH DAN MENJADI


Assalamualaikum,

Salam pagi jumaat. Penggal persekolahan telah berakhir hari ini dan anak-anak bakal menghabiskan masa di rumah hingga hujung Disember nanti. Bagi anak kedua iaitu Haikal yang mengambil keputusan UPSR semalam, alhamdulillah telah mendapat 4A + 1B. Walaupun dia sedikit kecewa dengan keputusan 1B iaitu subjek Bahasa Inggeris namun perjalanan masih panjang dan masih boleh berusaha lebih lagi di peringkat sekolah Menengah nanti, InsyaAllah.

Untuk menghiburkan hatinya, sebaik pulang dari pejabat petang semalam saya buatkan sebiji kek coklat kegemarannya untuk di nikmati dengan keluarga dan kawan-kawan. Kali ini resepinya saya cuba selepas ambil di SINI. Terima kasih kepada Cikgu Suraya, tuan punya blog untuk resepi kek coklat yang mudah dan sedap ini.
KEK KUKUS COKLAT LEMBAB, MUDAH DAN MENJADI.
Bahan A

1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C 
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara membuatnya:

1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.
2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.
3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla kedalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 

6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
7. Angkat  dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong. 

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) 
(saya ubah suai sedikit)
Bahan-bahan
300 gm coklat masakan - dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter

Cara:

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.

3. Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

4. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)