IKAN KERAPU KUKUS/STIM - MUDAH

Assalamualaikum,

Sudah merancang nak masak apa untuk makan tengahari? Sesekali masak ikan kukus pun sedap juga kan, di samping itu ia juga menyihatkan. Kali ini saya guna ikan kerapu. Ada banyak spesis ikan kerapu sebenarnya di perairan Langkawi ni tetapi yang paling saya kurang gemar tentang ikan yang satu ini adalah untuk menyiangnya...sukar sedikit kerana licin dan sisiknya juga agak mencabar untuk di bersihkan. Tambahan pula jika pisau dapur tidak benar-benar tajam.

Cara yang paling mudah adalah meminta penjual ikan menyiangnya sebaik sahaja di timbang. Mudah kan? Tinggal di bawa pulang dan masak sahaja. Sedap tau kukus ikan kerapu yang masih 'fresh', kerana masih terasa manis dan segar.

IKAN KERAPU KUKUS/STIM - MUDAH 
Adaptasi dari : Dapur Dayangjack 

1 ekor ikan (dibersihkan) - Saya guna 2 ekor ikan kerapu 
1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis
5 ulas bawang putih  (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
2-3 biji cili padi (di hiris) – optional
7biji tomato cherry - di belah (Jika gunakan tomato biasa - potong dadu)
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
sedikit air
sedikit daun sup (dihiris) dan daun bawang untuk hiasan
Cara-cara

1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dengan api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.

2. Lumurkan ikan dengan garam. Kemudian letak di dalam bekas tadi. Taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Buka penutup kukusan, masukkan tomato serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.

4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup / daun bawang

6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.