LENGAT PISANG KEDAH

Assalamulaikum,

Kuih lengat pisang kedah ni sangat mudah di sediakan. Dalam loghat Kedah, lengat itu maksudnya kukus :). Saya suka resepi yang mudah,cepat dan yang penting sedap. Ini adalah sejenis kuih tradisi negeri Kedah dan bahan yang di gunakan pun tak banyak. Yang ada dalam dapur kita je. Resepi orang dulu-dulu memang begitu..tak banyak bahan yang di gunakan. 

Resepi asal menggunakan 1 cawan gula tapi saya kurangkan ke 1/2 cawan sahaja kerana saya kurang makan yang manis-manis. Maklum saja, di usia begini harus mula menjaga kesihatan. Lagi pun rasa asli pisang itu sendiri sudah manis, bagi saya. Yang ingin gunakan 1 cawan gula juga tak mengapa :)

LENGAT PISANG KEDAH
 4 biji pisang
1 1/2 cawan tepung gandum - di ayak terlebih dahulu
1 cawan gula - saya gunakan 1/2 cawan sahaja gula
1 cawan santan 
secubit garam 


 Cara membuatnya:-

1. Masukkan gula, tepung, garam dan santan ke dalam mangkuk besar. Kacau dengan whisk hingga gula hancur.

2. Ramas atau lenyek pisang.


3. Satukan bahan dalam mangkuk tadi dengan pisang lenyek dan kacau sebentar.

4. Masukkan kedalam loyang dan kukus selama 30 hingga 40minit - saya gunakan acuan silikon, hadiah dari seorang teman :).



5. Dah siap, sejukkan dan hidang. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.