AYAM PANGGANG MAYONIS

Assalamualaikum :)

Satu lagi menu untuk makan malam yang simple dan saya selalu masak ialah ayam panggang mayonis. Oleh kerana anak-anak selalu berebut 'drumstick' (paha ayam)...kena beli semua paha untuk resepi ni. Bukan apa..si kecil terpengaruh dengan cerita upin ipin...kalau makan ayam mesti nak paha. :)

Selain dari di panggang, resepi ni juga boleh di goreng. Oleh kerana ayamnya di perap terlebih dahulu, rasa rempahnya sampai kedalam dan sangat enak. 

AYAM BAKAR MAYONIS


Bahan-bahan
4 ketul drumstick
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam maggi
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
1/2cm halia - di tumbuk

Cara-cara
Perapkan ayam dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam, kemudian bakar atau di goreng. Lagi lama perap, lagi sedap. mudah dan cepat, kan? Cuba ya :)



0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)