KEK OREO KUKUS

Assalamualaikum..salam pagi isnin.

Di harap semua ceria selalu dan bersemangat memulakan hari walaupun hari isnin selalunya moodnya kurang sedikit. Maklumlah hari ini sudah mula bertugas kembali bagi yang bekerja setelah berhari minggu dengan keluarga semalam.

Sarapan apa agaknya hari ni ya? Saya buatkan kek kukus oreo untuk anak-anak pagi ni, dan laris sekali. :) Anak-anak memang suka resepi apapun yang berasaskan biskut yang satu ini. Tapi, kek kukus oreo ni...bukan kata anak-anak, saya sendiri suka. sungguh enak walaupun penyediaan nya sangat ringkas.



KEK KUKUS OREO
BAHAN-BAHAN
1 Cawan tepung gandum - di ayak dengan 1 sudu teh baking powder
2 biji telur ayam gred A
3/4 cawan gula kastor
1/3 cawan mentega
1 sudu teh esen vanilla

100gm biskut oreo di buang inti dan kisar (Jangan terlalu halus)
125ml susu panas (susu tepung yang di bancuh atau susu kotak yang di panaskan)
2 sudu besar susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak

CARA-CARA
1. Ayak tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo kisar dan gaul rata. ketepikan.

2. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan juga esen vanilla.

3. Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar sebatikan. Akhir sekali masukkan tepung/oreo dan gaul dengan whisk.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris dengan mentega dan di alas kertas minyak. Kukus selama 45minit.

Entah siapa pemilik sebenar resepi ni, minta di halalkan. Saya dapat dari teman-teman di  facebook, asalnya. Tapi berbaloi buat kek ni...sedap :)