Salam pagi jumaat :)
Di pagi jumaat yang mulia ini, di harapkan kita semua berada dalam ketenangan dan sihat sentiasa. Bangun pagi ni, teringin sangat nak cuba buatkan apple crumble cup cakes...check bahan dalam peti sejuk semuanya cukup untuk membuatnya. Walaupun terkejar dengan masa untuk ke tempat kerja, masih sempat saya mulakan operasi membuat Apple crumble cupcakes ni kerana prosesnya tak lama, kira-kira 30minit saja. Jadi, tak ada sebab untuk ibu bekerja seperti saya untuk memberi alasan tidak ada masa untuk memasak kecuali jika benar-benar sibuk ;)
Jom kita semak resepinya...
APPLE CRUMBLE CUP CAKES
Bahan Untuk Kek
180gm tepung naik sendiri
100gm gula perang
125ml susu segar
80ml minyak masak
1/2 teh garam
4 biji epal hijau di potong kiub
1 biji telur ayam gred A
Bahan untuk Crumble
90gm gula perang
20gram tepung naik sendiri
1 sudu besar mentega
* Gaul semuanya hingga menjadi berderai seperti serbuk roti
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)