KETAM BERINTI (stuffed Crab)

Assalamualaikum, :)

Ketam memang seafood yang enak kan? Tak kira apa masakan pun yang di gayakan, tetap enak kecuali orang yang allergic dengan makanan laut..'surrender' lah dengan lauk yang satu ini.

Tapi, paling leceh makan ketam dengan anak-anak kecil. bukan apa penat nak mengopeknya, hujung-hujungnya penat aja mengopek tak puas pun menikmatinya. 

Apa kata mencuba resepi Ketam berinti (stuffed crab) ni. Pasti dapat makan dengan aman dan anak-anak boleh menikmatinya tanpa meminta bantuan anda. 



KETAM BERINTI (Stuffed Crab)
Bahan-bahan
6-8 ekor ketam (Rebus, keluarkan inti dan pisahkan dari cengkerang)
2 biji telur (di pukul)
1/2 cawan serbuk roti
2 ulas bawang putih (di cincang halus)
1/4 cawan sos tomato
1 biji ubi kentang (di potong dadu)
1/2 cawan cili benggala merah dan hijau
1 cawan kobis ( di sagat halus)
35gm keju keping di racik
1sudu besar minyak masak
garam dan lada sulah

Cara-cara 
1. Rebus ketam, pisahkan cengkerang dan keluarkan isi, ketepikan.
2. Pukul 2 biji telur tadi dan ketepikan
3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
4. Masukkan sos tomato, lada benggala dan kobis, kacau rata.
5. Masukkan pula isi ketam dan keju
6. Perasakan dengan garam dan lada sulah
7. Isikan cengkerang ketam dengan inti tadi
8. Tutup dengan serbuk roti dan celup ke dalam telur yang telah di pukul.
9 Goreng ke dalam minyak panas sehingga kekuningan dan hidangkan dengan sos cili.

5 ulasan:

Sila tinggalkan komen :)