UDANG GORENG TELUR MASIN

Assalamualaikum,

Apa khabar tengahari ni? Semoga kita semua sihat dan bahagia selalu di samping keluarga tercinta. Bagi surirumah dan yang sedang bercuti hari ni, masak apa agaknya tengahari ni ye? Sebentar lagi anak-anak akan pulang dari sekolah. Pasti mereka seronok kalau ibu sendiri yang masakkan. Terkadang anak-anak ni bukan minta kita masak kan menu yang susah-susah pun...kalau ibu sendiri yang masak, goreng telur pun dah rasa sedap sangat dah :)

Kebetulan cuti hari raya aidiladha saya masih berbaki sehari lagi hari ni. Esok dah mula bekerja..jadi tengahari ni saya telah masak kan resepi yang paling anak-anak suka kerana rasanya dan keranggupan nya, iaitu udang goreng telur masin. Sedapnya...bagi yang view resepi ni kena cuba tau, jika ada kelapangan. Pasti tak menyesal. ;)


UDANG GORENG TELUR MASIN
500gram udang segar 
1/2 cawan tepung jagung 
1/2 sudu teh lada sulah 
2 biji telur masin - Guna yang kuningnya sahaja
3 sudu besar udang kering - di rendam dan cincang halus (saya guna udang geragau kering)
2 tangkai daun kari 
4 biji cili padi - di potong kecil
2 ulas bawang putih - di cincang 
2 sudu minyak masak
60gm mentega

Perencah (campurkan)
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh kiub ayam maggi

CARA MEMBUATNYA 
1. Cuci udang, keringkan. Campur tepung jagung dengan serbuk lada sulah, gaulkan dengan udang tadi.


2. Panaskan minyak masak, goreng udang yang di gaul tepung tadi selama lebih kurang 1 minit sehingga kulitnya garing. ketepikan.



3. Kukus telur masin (yang kuning sahaja) selama 5minit, dan hancurkan ketika masih panas.

4. Di dalam kuali lain masukkan 2 sudu minyak masak, tumis bawang putih, udang kering, cili padi dan daun kari sehingga wangi. Masukkan mentega dan kacau sebentar. Bila mentega telah cair, masukkan telur masin dan kacau sebentar.



5. Masukkan udang yang di goreng tadi beserta  perencah, kacau lagi hingga udang sebati. Bolehlah di angkat dan hidangkan.  

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)