Assalamualaikum :)
Pernah makan labu siam? Jika di Malaysia, pokok ini banyak di tanam di Cameron Highland. Mulanya saya juga tak tau nak gayakan masakan apa labu siam ni, sehinggalah teman saya dari Surabaya, Indonesia memberi idea, kerana di sana memang buah ini di gunakan secara meluas dalam masakan. Jika di barat, buah ini di panggil 'chayote' dan di gunakan dalam membuat sup atau salad.
Bagi tujuan perubatan, labu siam juga di katakan boleh menurunkan kadar kolestrol dan airnya mengandungi efek diuretic yang baik dan melancarkan pembuangan air kecil selain kaya dengan kandungan serat, Vitamin A,B,C, mineral dan air, niasin serta sedikit albuminoid.
Saya masak tumis labu siam bersantan...dan rasanya sangat sedap. cubalah... :)
LABU SIAM YANG BELUM DI MASAK - Foto ehsan Google |
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)