Assalamualaikum...
Resepi coney-dog ini saya ambil dari blog kak Hanieliza. Anak-anak sangat sukakan nya. cuma saya tambah sosej yang di kukus sebentar, ikut permintaan anak-anak yang suka sangat makan sosej. Namanya kurang sedap di dengar tapi, rasanya sedap sangat. Sama juga dengan hot-dog...namanya memang jika di alih bahasa, faham-faham aja maksudnya. Tapi, nak namakan apa ya, kalau memang sudah asal-asalnya resepi ini memang dari barat. :)
Sesekali sarapan coney-dog di hujung minggu dengan anak-anak memang nikmat. seronok tengok anak-anak makan.
CONEY DOG
Bahan-bahan
400gm daging cincang halus (minced meat) RAMLY
sosej secukupnya (saya kukus)
3 biji tomato di potong dadu
2 labu bawang besar di potong dadu
1 ulas bawang putih di cincang halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air
minyak, garam dan oregano
cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. Biarkan hingga wangi.
2. Masukkan daging cincang dan kacau rata.Biarkan hingga naik minyak lagi.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sayuran yang di potong, garam, air dan serbuk lada hitam.
4. Gaul rata sampai pekat.
5. Taburkan oregano dan kacau lagi.
6. Belah roti hot dog, masukkan daun salad, sosej yang di kukus dan inti tadi. Hiaskan dengan sos cili dan mayonis.
sumber : http://hanieliza.blogspot.com/2008/03/coney-dog.html

0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)