IKAN KUKUS

Dah masak untuk makan tengahari? :) Menu apa agaknya hari ni ya? Jika terfikirkan menu sihat yang cepat dan mudah di sediakan...apa kata cuba resepi ikan kukus yang ringkas dan menggunakan bahan yang ada di dapur rumah kita. Tapi dalam mengukus ikan ni, boleh juga di masukkan asam boi yang berwarna putih tu...pasti rasanya lebih enak lagi.

Resepi ikan kukus saya ni mudah dan pasti kebanyakan orang tau cara ni. Namun ada juga pengikut blog saya ni di kalangan yang masih belajar dan minta resepi yang ringkas dan cepat di sediakan. Saya sekadar berkongsi resepi di sini untuk memudahkan kerja memasak, dan di harap ia bermanfaat terutama sekali yang baru belajar. :)

Jenis ikan tak semestinya sama seperti yang saya gunakan. Jika menggunakan ikan kembung yang masih segar juga rasanya tetap sedap. 

Jom kita lihat resepinya...:)




IKAN KUKUS 

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan di bersihkan (atau beberapa ekor ikan kembung)
3 ulas bawang putih di hiris halus
1 kiub ayam maggi + 1/2 cawan air 
6 biji cili padi - di potong 
1 inci halia
2 batang serai 
1 labu bawang besar - di potong
1-2 sudu besar kicap cair atau kicap ikan 
1/2 sudu atau 1 sudu teh gula 
Jus sebiji limau nipis
3 biji asam boi berwarna putih - Jika suka (pilihan - tak letak pun tak mengapa)


CARA MEMBUATNYA

1. Bersihkan ikan, kelar dan di lumur sedikit garam. Ketepikan 


2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan yang telah di potong tadi dengan kicap, jus limau, kiub ayam serta gula dan lumurkan hingga kedalam perut ikan serta curahkan ke atas ikan tadi.



3. Panaskan pengukus, masukkan ikan tadi. Kukus hingga 15minit. Hidangkan ketika masih panas.

Saya sengaja cuba kukus di dalam hotplate dan panaskan sebentar di atas dapur gas hingga menggelegak setelah di angkat dari kukusan sebelum di hidangkan ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)