Alhamdulillah, pagi yang ceria hari ini...walaupun tak semua perjalanan hidup ini indah, hadapinya dengan senyuman :). Jom memulakan hari dengan doa memulakan pekerjaan. InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar untuk kita semua, walau apa yang kita kerjakan hari ini.
Untuk sarapan atau minum petang hari ni, apa kata kita cuba resepi Kuih talam gula merah. Saya ambil resepi ini dari blog kak Hanieliza...Alhamdulillah, menjadi dan sedap :)
KUIH TALAM GULA MERAH
Lapisan Bawah 1 cawan gula merah- masak dan sejukkan 1/2 cawan gula pasir
5 cawan air biasa
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur
Cara-cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang .
2. Kacau adunan dengan whisk dan tapis
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20minit
4. Bila dah masak, cakarkan sedikit permukaan adunan dengan garfu (agar melekat nanti dengan lapisan atas)
Lapisan atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
|
Cara-cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sebentar adunan ini sehingga naik wap sahaja.
2.Tuang atas adunan bawah yang telah di cakarkan sedikit dan kukus sehingga masak.
3. Sejukkan dahulu baru di potong. Sebaiknya dengan pisau plastik agar tak melekat dan potongan cantik.
4. Dah siap dan bolehlah di hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)