UPSIDE DOWN PINEAPPLE CARROT CAKE

Assalamualaikum... :)

Pagi isnin datang lagi...ceria-ceriakan diri anda untuk memulakan pekerjaan dan jangan terbawa-bawa dengan weekend mood semalam ya. Ni pun nasihat untuk diri sendiri juga :). Walau apa pun yang kita kerjakan hari ini di harap mendapat kejayaan dan kepuasan hendaknya.

Yang penting sekali seberapa sibuk pun kita jangan tinggalkan sarapan pagi. Oh ya..saya ada mencuba kelainan dalam menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak hari ni, dan ternyata mereka amat suka kannya. Minta bawa bekal lagi ke sekolah.

Jom kita lihat apa menunya...


UPSIDE DOWN PINEAPPLE CARROT CAKE
Bahan-bahan untuk membuat karamel
1/3 cawan gula perang
2 sudu besar butter
1 sudu besar air
Nenas dalam tin - atau boleh juga gunakan nenas segar yang di potong.

CARA MEMBUATNYA
Didih semua bahan untuk karamel, kecuali nenas. Masukkan ke dalam loyang yang di sapu butter. Atur isi nenas di atas karamel tadi. Sebelum itu lap dahulu isi nenas yang di keluarkan dari tin dengan tisu dapur.



BAHAN UNTUK KEK 
2 Cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk buah pala (tak mengapa kalau tak letak)
1/2 cawan butter - di cairkan dengan api perlahan
1 cawan gula
sebiji telur
dua biji putih telur
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar dutch lady
1 cawan karot yang di parut.

CARA MEMBUATNYA
1. Ayak tepung gandum dan baking powder dalam satu bekas. Masukkan juga garam dan serbuk buah pala. ketepikan.
2. Dalam bekas yang lain pukul butter selama 30saat dengan kelajuan sederhana, masukkan gula dan pukul lagi.

3. Masukkan telur dan putih telur, pukul lagi sambil memasukkan esen vanilla.

4. Bila adunan telah kembang, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Masukkan karot yang di parut dan kacau dengan whisk hingga mesra.

5. Tuang adunan ke dalam loyang berisi nenas dan karamel tadi dan bakar selama 45minit seperti kek biasa.