SUP KETAM

Assalamualaikum,


Ketam yang masih segar enak kalau di masak sup. Rasanya masih manis..apalagi isinya padat. Ada petua yang saya nak berkongsi...untuk memilih ketam yang isinya padat di pasar, picit sedikit hujung cengkerang nya kiri dan kanan. Kalau keras tu, maknanya isinya padatlah tu...kalau lembut dan terasa kosong selalunya isinya kurang padat. Cubalah ya...

Satu lagi kata orang sup ketam ni boleh jadi penawar demam denggi. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya bewarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh di makan juga berkhasiat untuk tujuan ini...info lengkap di SINI.

Jom kita check resepi... :)


SUP KETAM
bahan-bahan 
4 ekor ketam
1 labu bawang besar di hiris
3 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia di mayang 
5 biji cili padi 
1 biji tomato di belah 4
Daun sup dan bawang goreng 
Serbuk lada hitam 
Garam secukup rasa dan sedikit serbuk pati ikan bilis 
Air
1 biji telur

Cara Penyediaan:
1. Bersihkan Ketam 
2. Panaskan sedikit minyak  dan tumis bawang putih, halia, bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan air dan renihkan bersama kiub pati ikan bilis dan masukkan cili padi yang telah di ketuk.
4. Letak serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Bila mendidih, pukul telur dan masuk kan ke dalam sup sambil di kacau perlahan-lahan untuk memekatkan kuah. Boleh juga di masukkan tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air.
6. Angkat dan letaklah di dalam mangkuk.
7. Tabur dengan daun bawang, daun sup dan jika suka perahkan sedikit limau nipis.