AMBUYAT

Assalamualaikum, 

Alangkah terujanya saya mendapat kiriman sagu rumbia dari saudara di Tuaran, baru-baru ini. Sagu rumbia ni boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket dan untuk hasilkan ambuyat yang sedap dan tidak berbau masam, sebaiknya dapatkan stok tepung sagu rumbia yang masih baru. 

AMBUYAT adalah hidangan yang boleh dihasilkan daripada sagu rumbia dan amat terkenal di Sabah, Labuan, Sarawak serta Brunei. Ada yang makan bersama-sama lauk pauk sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi.Rasanya tawar dan lebih sedap di gandingkan dengan  kuah yang agak masam atau pedas.

Ambuyat ni sedap dimakan masa ia masih panas dan dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus, sambal atau ulam-ulaman. 

Selalunya ambuyat dimakan dengan menggunakan buluh penyepit khas yang dikenali sebagai candas. Tapi saya guna chopstik sahaja sebagai pengganti candas.


Cara membuatnya :

 1. Tepung sagu dicampur dengan segelas air di dalam mangkuk besar dan mendapkan selama 10minit. Sambil tu kacau-kacaulah tepung tu agar ia larut. 

 2. Tapis sagu yang mendap tadi kedalam bekas dan kacau dengan senduk agar mudah digaul nanti.


3. Seterusnya tuang air baru mendidih (kena betul-betul panas) kedalam bekas berisi tepung sagu sambil terus dikacau. Kuantiti air ni kita kena pandai agak sendiri dan tuang sedikit demi sedikit ketika mengacau hingga sagu menjadi berkilat.


4. Kacau sehingga sebati dan sagu bertukar menjadi jernih dan likat seperti gam, maka jadilah ambuyat.


4. Inilah sagu rumbia yang dihantar oleh saudara saya dari sabah iaitu siap dipek dan iainya boleh didapati di pasar. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)