Assalamualaikum :)
Vanilla cup cakes yang saya buat ni adalah basic vanilla cupcakes yang di topping cream ringkas. Sebenarnya ini adalah permintaan anak sulung saya yang berusia 14tahun tu...yang teringin nak makan cupcakes tapi nak 'decorate' sendiri. Bagi saya itu petanda baik, bila anak yang baru meningkat remaja ingin belajar memasak. Begitu semangat sekali dia, tapi percubaan pertama...belum begitu kemas lagi. Bagi saya bukan soal menjadi atau tidak, tapi quality time yang di habiskan bersama-sama ibu dan anak itu sangat berharga dan tidak boleh di jual beli :)
Jom lihat resepi, mana tau boleh di cuba di rumah.
VANILLA CUPCAKES
Bahan-bahan
250 gram mentega
250gram tepung beserbuk naik - saya guna tepung nona
200gram gula kastor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung, pukul hingga kembang.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau hingga rata.
4. Tuang adunan ke dalam cup cakes dan bakar dalam oven - suhu 180darjah hingga 20minit.
5. Sejuk kan sebelum di hias dengan krim.
Yang atas ni my doter yang decorate. Not bad for 1st trial. Tapi kek tu nampak gebu kan.. :)
RESEPI KRIM
Bahan-bahan
1. 250gram Butter/margerine
2. 250gram gula icing
3. 1 sudu besar esen vanilla
Cara membuatnya
1. Ayak dulu gula icing.
2. Pukul butter, gula icing dalam mangkuk - dengan kelajuan yang tinggi hingga ringan dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla, putar lagi dengan kelajuan sederhana selama beberapa minit.
4. Warnakan dan siap di gunakan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)