KUE TEOW PENANG

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...kita bertemu lagi di pagi ahad yang ceria. Hari minggu begini boleh lah bersantai-santai dan bangun lewat sedikit dari kebiasaan. Selalunya waktu-waktu begini pada hari biasa, bagi yang bekerja sudah mula sibuk dan sarapan pun ala kadar saja sekadar mengalas perut. Hari ini bolehlah memanjakan diri sedikit  dan mencuba resepi-resepi baru untuk di hidangkan pada keluarga tercinta. 

Sarapan pagi saya sekeluarga hari ni ialah Char kway Teow Penang, tapi sesiapa yang tahu resepi asal tu janganlah marah kerana saya telah ubahsuai resepinya mengikut kesesuaian selera anak-anak. Sengaja saya menambah isi kerang kedalam Char kway Teow ini kerana sayang..masih ada baki isi kerang di dalam peti sejuk. Tapi...jika kita bercadang untuk memasukkan isi kerang di dalam kway teow, jangan pilih isi yang siap di kopek seperti yang di jual di pasar kerana rasanya yang tawar dan liat. Gunakan kerang segar yang di rebus kerana lebih manis rasanya.


KUE TEOW PENANG 
BAHAN-BAHAN
500gm kway teow - di leraikan 
150gm taugeh 
2-3 ulas bawang putih di cincang 
5tangkai daun kucai - di potong kira-kira 1 inci 
250gm udang segar di kupas
100gm kerang (saya sengaja tambah)
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar

SOS (di masukkan kedalam mangkuk dan di kacau)
2 sudu besar sos tiram 
4 sudu besar kicap pekat 
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tomato
1/4 cawan air 


CARA MEMBUATNYA 

1. Panaskan kuali, masukkan 1 1/2 sudu besar minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi dan terus masukkan udang. Kacau sebentar, dan masukkan cili kisar serta bahan sos. 

2. Bila sos kelihatan mendidih sedikit, masukkan kway teow dan kacau rata.



3. Di dalam kuali, ketepikan kway teow dan masukkan 1/2 sudu lagi minyak di tengah-tengah kuali dan pecahkan telur hingga separuh masak dan kacau dengan kway teow tadi. Lakukan dengan pantas. Masukkan juga taugeh dan daun kucai dan  rasa jika terkurang masin bolehlah di tambah sedikit lagi kicap.



4. Masak sebentar di atas api dan bolehlah di hidangkan dengan cili jeruk sebagai pelengkap rasa.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)