ASAM LAKSA

Sedapnya menikmati asam laksa petang hari begini. Kaji selidik pemakanan yang di jalankan oleh CNN International juga mendapati asam laksa tersenarai di tangga ke-7 dalam senarai makanan terbaik dunia baru-baru ini. Memang selayaknya asam laksa mendapat pengiktirafan itu kerana rasanya yang lazat dan di gemari ramai.

Ini memang makanan 'favourite' saya sekeluarga dan proses untuk membuatnya juga mudah. Saya selalunya menggunakan resepi dari Amy Beh dan sungguh menepati citarasa, cuma saya tambahkan ikan sardin dalam tin iaitu dengan melenyek isi ikan tersebut dan di masukkan ke dalam kuah untuk melazatkan lagi asam laksa tersebut.

Jom lihat resepi...


ASAM LAKSA
Bahan-bahan 
 Bahan A - Kisar 
15 tangkai cili merah 
15 tangkai cili kering 
150gm bawang merah 
10 ulas bawang putih
40gm lengkuas
2cm kunyit hidup
belacan 
3 batang serai 


Bahan B
4 sudu besar asam jawa di ramas jadikan jus
300ml air 
10 tangkai daun kesum 
3 keping asam gelugur
1.8 liter air 

Bahan C
1kg ikan kembung 
1 tin kecil ikan sardin - isinya di lecek
1 cawan air
1kg laksa
2 sudu besar gula 
Garam secukup rasa


Bahan D
1 kuntum bunga kantan di potong halus
1 biji timun di mayang 
1/2 biji nenas di racik 
1 biji bawang besar di mayang 
daun pudina 
Otak udang, di larutkan dengan sedikit air


Cara membuatnya

1. Rebus ikan dengan air secukupnya. Asingkan isi dengan tulang, kisar tulang ikan menggunakan air rebusan ikan tadi, tapis dan ketepikan.

2. Masukkan jus asam jawa, bahan kisar dan stok air rebusan ikan dalam periuk. Masukkan juga daun kesum dan asam gelugur. Renihkan dengan api perlahan selama 10minit. Masukkan isi ikan yang di rebus, isi ikan sardin yang di lecek, garam dan gula serta renihkan lagi sehingga kuah masak.

3. Rebus laksa hingga lembut, toskan dan boleh di hidangkan bersama kuah dan otak udang (jika suka).

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)