Assalamualaikum, :)
Sedang berfikir-fikir menu makan malam? Apa kata cuba yang simple tapi sedap...? Sedap ke...? InsyaAllah sedap... :) Cuba dulu baru tahu...yang penting, bagi wanita bekerjaya walaupun mengejar waktu tapi sempat memasak untuk orang tersayang dan anak-anak. Sering makan di luar juga jemu, kan. jangan lupa mencuba ya..
|
SHRIMP OMELETTE
Bahan-bahan
4 biji telur ayam- di pukul dengan lada sulah dan sedikit garam, ketepikan.
1 biji cili merah
1 crab stick
1 labu bawang besar- di hiris nipis
2 ulas bawang putih - di cincang
8 ekor udang di buang kulit
sedikit daun bawang - di potong kira-kira 1 inci
Cara-cara
1. Masukkan satu sudu minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih dan crabstick sehingga wangi.
2. Masukkan udang, bawang besar dan kacau hingga separuh masak.
3. Tabur daun bawang dan masukkan telur yang di pukul tadi keatas udang yang di masak.
4. Masak seperti telur dadar..terbalikkan dengan berhati-hati serta boleh di hidangkan.
|
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)