MUFFIN CRANBERRIES OREN

Assalamualaikum,

Pagi ini saya buatkan muffin sahaja untuk sarapan anak-anak di rumah. Kebetulan ada stok cranberries kering yang dah lama saya beli, jadi saya buatkan muffin cranberries. Maklumlah kalau 'shopping' tu ambil macam-macam benda tanpa berfikir panjang. Sedar-sedar ada banyak lagi stok barangan kering dan kekacang yang masih belum terusik dalam simpanan. 

Baiklah saya langsung saja kongsikan resepinya di sini, kerana hari ni nak cepat. Walaupun hari minggu terpaksa juga masuk ke pejabat kerana banyak perkara yang harus di selesaikan. 
MUFFIN CRANBERRIES OREN
Bahan A
2 cawan tepung gandum 
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan cranberries kering

Bahan B
1 biji telur - gred A
3/4 cawan jus oren (saya gunakan jus sunquick)
1/4 cawan minyak sayuran

Cara menyediakannya:

1. Satukan semua bahan kering (A) ke dalam sebuah sebuah mangkuk besar. Ketepikan seketika.
2. Pukul telur, jus oren dan minyak hingga sebati.
3. Tuang adunan basah yang di pukul tadi (Bahan B) kedalam tepung dan kacau rata (tak lebih dari 10saat, iaitu sekadar adunan bercampur). Jangan terlebih kacau kerana muffin akan menjadi keras.
4. Masukkan adunan yang telah siap bercampur kedalam cawan muffin tabur kepingan badan dan bakar dengan suhu 180'c dalam masa 15 - 20minit atau hingga masak.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)