Assalamualaikum,
Muffin lagi untuk sarapan pagi. Di hasilkan dari cherry hitam dalam sirap. Terakhir saya gunakan cherry hitam ini adalah untuk menghias cheese cake untuk kek hari lahir anak ketiga, dan selepas itu ianya tersimpan kemas di dalam peti sejuk. Daripada di biarkan rosak atau tamat tempoh, elok juga di manafaatkan menjadi muffin.
Jom kita lihat resepinya...gabungan cherry hitam dan yogurt memang sedap dan wangi ketika di bakar :)
BLACK CHERRY YOGURT MUFFINS
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur - Gred A
2 sudu besar mentega - di cairkan
1/4 cawan susu segar
1 cawan cherry hitam - di belah dua
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180'c dan sediakan cawan kertas untuk muffin.
2. Ayak bahan kering iaitu tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan masukkan garam juga di dalam sebuah mangkuk. Ketepikan seketika
3. Di dalam mangkuk lain pukul telur dengan gula kastor dan mentega cair dengan menggunakan 'hand whisk'.
4. Masukkan juga yogurt dan susu segar kedalam adunan telur yang di pukul tadi hingga sebati dan campurkan juga cherry hitam kedalamnya.
5. Tuang adunan tersebut kedalam bahan kering yang di ayak tadi dan kacau tak lebih dari 10saat untuk mengelakkan dari muffin menjadi keras.
6. Seterusnya sudukan adunan kedalam cawan muffin dan bakar kira-kira 15-20minit. Uji dengan menyucuk lidi di tengah muffin, jika tidak ada tepung yang melekat, ianya telah masak dengan sempurna.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)