Memang seronok mencuba kelainan dan resepi baru. Selalunya kita buat cream puff yang berongga di dalam dan paipkan inti kedalamnya. Kali ini saya cuba membuatnya dalam bentuk roll pula. Yang menariknya kulit cream puff ini gebu tetapi tidak berongga ketika di gulung bersama inti. Rasanya juga sedap. Lain kali saya ingin mencuba inti dari tuna pedas atau mungkin boleh pelbagaikan dengan menghasilkan inti sardin. Boleh saja 'explore' mengikut kreativiti dan selera sendiri. Kali ini saya gunakan inti tuna mayonis bercampur dengan jagung dan rasanya juga boleh tahan cuma kurang pedas. Sesuai sangat untuk anak-anak.
Jom kita lihat resepinya :)
ROLL CREAM PUFF INTI TUNA
Resepi asal : JanaAsri - Sambal Hijau FB
Sumber : alongRoz@HomeKreation
Saiz tin : 10" atau 11"persegi
BAHAN-BAHAN
130gm butter
170gm air
secubit garam
200gm tepung gandum
4biji telur
INTI TUNA
1 tin Tuna bermayonis
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
Daun bawang
CARA MENGHASILKAN INTI
Tumis bawang besar yang di potong dadu sehingga layu, masukkan cili yang di cincang dan tuna. Kacau sebati dan padamkan api.
CARA MENGHASILKAN ROLL CREAM PUFF
1. Masukkan air, garam dan butter ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Padamkan api, masukkan tepung dan gaul dengan cepat sehingga rata.
2. Biarkan sejuk sebentar dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil di pukul dengan mixer.
3. Paipkan ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu.
4. Taburkan daun bawang yang di cincang dan bakar dengan suhu 200'c selama 20-25 minit.
5. Keluarkan dari dulang dan sejukkan sebentar sebelum di ratakan inti tuna pedas. Gulung dan hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)