NASI GORENG KUNYIT - ALA KAMPUNG

Assalamualaikum, 

Nostalgia betul nasi goreng kunyit dan kopi 'O' pekat dalam diari hidup anak kampung seperti saya ni. Waktu kecil dulu menu ini memang menjadi kegemaran. 

Ringkas sahaja, hasil dari air tangan ibu tercinta. Maklumlah menu orang kampung selalunya tak banyak bahan yang di gunakan. Cukup apa yang ada di dalam dapur. Lauk yang di gunakan pun cuma ikan goreng, udang kering, telur atau ikan bilis. Sungguh pun begitu, menu yang sederhana ini sentiasa menjadi kegemaran saya dan nostalgia bersama ibu yang kini kian uzur tetap kemas dalam lipatan kenangan. Kenangan yang terindah dan sangat bermakna... :)

Resepinya ringkas sahaja. Pada yang sudi cuba tu bolehlah lihat resepi di bawah. Sengaja saya simpan di dalam blog ini untuk rujukan anak-anak saya nanti. 
NASI GORENG KUNYIT - ALA KAMPUNG 
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk 
segenggam ikan bilis - di kopek dan goreng 
2 ketul isi ikan goreng 
2 biji telur 
garam secukup rasa
serbuk perasa (boleh gantikan dengan kiub ikan bilis)
Minyak masak secukupnya
Bahan-bahan di tumbuk
5 biji cili padi 
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
3cm kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
Cara memasak

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan yang di tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan nasi sambil di kacau hingga sebati dengan bahan tumbuk yang di tumis tadi.

3. Masukkan isi ikan goreng dan ikan bilis, kacau lagi. Ketepikan sedikit nasi di dalam kuali dengan sudip dan pecahkan dua biji telur tadi sambil di kacau.
4. Seterusnya perasakan nasi goreng tadi dengan garam dan serbuk perasa (boleh gantikan dengan kiub ikan bilis).

5. Sajikan dengan kopi O panas...ringkas sahaja, tapi memang sedap.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)