BINGKA KACANG MERAH

Assalamualaikum,

Sekadar mencuba pelbagaikan aneka bingka dalam simpanan resepi, saya telah mencuba resepi bingka kacang merah. Pilihan resepi ini kerana tertarik dengan coraknya yang cantik dan ternyata rasanya juga sedap. Cara penyediaannya juga lain dari bingka-bingka yang pernah saya buat sebelum ini.

Bagi yang ingin mencuba, jom kita lihat resepinya. Terimakasih kepada pemilik asal resepi ini iaitu Rahel, kerana sudi berkongsi :)
BINGKA KACANG MERAH

Sumber : rahel - My resepi

Bahan-bahan (untuk 8 orang)
400gm kacang merah dalam tin - buangkan sirap dan bilas dengan air serta toskan
150gm gula pasir
150gm tepung gandum
300ml santan pekat
3 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 sudu besar minyak.
sedikit pewarna merah
1/2 sudu teh garam halus

Cara-cara :

1. Panaskan oven 170'c. Griskan acuan & lapik dengan kertas serap minyak.

2. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar,kecuali pewarna dan kisar halus.
3. Ambil 1 1/2 cawan adunan dan letakkan pewarna.Ketepikan.
Kemudian ambil separuh adunan warna asal & tuang ke dlm acuan.Bakar selama 25 minit.
4. Kemudian tuangkan adunan berwarna ke atas lapisan yg telah dibakar tadi.Teruskan bakar lagi selama 15 minit.
5. Kemudian tuangkan lagi sisa adunan warna asal ke atas lapisan yg telah dibakar tadi.Teruskan lagi bakar selama 35 minit.
6. Bila sudah masak,biarkan sejuk lebih kurang 2-3 jam,baru dipotong.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)