BUBUR AYAM - SARAPAN PAGI YANG ENAK

Assalamualaikum,

Sarapan apa agaknya pagi ni ya? Seperti yang kita ketahui, sarapan amat penting untuk tubuh terutama sekali bagi anak-anak yang sedang membesar dan bagi orang dewasa kajian telah membuktikan bahawa sarapan pagi menjadi pemangkin kepada prestasi dan konsentrasi kerja yang di lakukan sepanjang hari. Dengan bersarapan juga mencetus metabolism harian dan kita dapat mengawal berat badan. 

Begitu penting sekali sarapan pagi rupanya ya? Jadi mulai dari hari ini jangan abaikan sarapan pagi dan kenalah juga bijak memilih menu yang sesuai. Baiklah, tak pandai sebenarnya saya bercakap soal pemakanan ni, kalau banyak bercakap bunyinya macam membebel pula kan.. :D. Kita langsung sajalah dengan menu sarapan hari ni iaitu bubur ayam. 

Tak perlu tunggu sakit untuk menikmati menu sebegini, kan. Anak-anak tentu suka jika sesekali sediakan bubur sebagai sarapan pagi. 
BUBUR AYAM
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan A
2 cawan beras
1 kiub pati ayam
2 inci halia - di hiris nipis
3 ulas bawang merah - di hiris
Air secukupnya
Bahan B
1 sudu besar rempah kari
1 keping dada ayam 
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan C (Bahan hiasan)
Daun sup & daun bawang - di hiris
Bawang goreng
Kacang goreng - saya tambah 
telur masin - saya tambah 

Cara Membuat:
1. Masukkan beras, kiub pati ayam, halia, bawang merah, garam dan air secukupnya dalam periuk. Masak sehingga beras hancur dan kembang.
2. Sementara itu ayam dipotong dan bersihkan. Gaulkan dengan garam dan rempah kari.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga garing.
4. Koyakkan ayam goreng dan ketepikan.

5. Masukkan nasi bubur dalam mangkuk hidang dan taburkan ayam goreng yang telah dikoyakkan dan bahan hiasan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)