SOTONG GORENG KUNYIT

Assalamualaikum, 

Kalau terkejar nak sediakan lauk untuk makan malam dan jemu makan di luar, inilah salah satu lauk yang sesuai kerana penyediaannya hanya mengambil masa lebih kurang 10minit sahaja. Rasanya juga sedap dan keluarga anda pasti sukakannya :). Sesuai di nikmati dengan nasi panas.

Pasti kebanyakan orang tau cara memasaknya, tetapi saya kongsikan juga di sini untuk rujukan. Jom kita lihat resepinya :)
SOTONG GORENG KUNYIT
Sumber : Cikgu Ani Bawok 

Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong cincin (saya potong dengan gunting tajam)
1 biji bawang besar - dipotong baji
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong (saya gunakan lada benggala)
1 tangkai daun kari
4 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
BAHAN TUMBUK
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Cara penyediaannya:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.

3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa (saya gantikan dengan kiub ikan bilis). Gaul rata.
4. Masukkan bahan-bahan lain yang di potong tadi dan sotong. Gaul rata hingga sotong masak iaitu dalam 5 minit sahaja (Jangan masak sotong terlalu lama, nanti sotong akan jadi liat)
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)