KEK PISANG COKLAT - 2

Assalamualaikum,

Sebelum ini memang ada resepi kek pisang coklat dalam blog ini tapi versi lain. Hari ini saya ingin berkongsi resepi kek pisang coklat juga, tetapi resepi dan bahan-bahannya berbeza, jadi saya namakan kek pisang coklat - 2,  :). 

Saya suka mencuba resepi kek yang mudah dan tak muak di nikmati walaupun di makan lebih dari sepotong. Sesuai sangat di hidangkan sebagai sarapan pagi atau minum petang. bagi yang ingin mencuba resepi kek ni, jom kita lihat resepinya...
KEK PISANG COKLAT -2
Sumber : Majalah rasa - Sept 2013

2 biji pisang berangan - di lecek 
225gm tepung naik sendiri  - di ayak 
45gm serbuk koko - di ayak
115gm gula perang 
3 biji telur 
1 sudu teh esen vanila
30ml golden sirap
60ml minyak jagung 
90ml susu segar 
20gm kepingan badam 
20gm biji kuaci 

Cara memasak:

1. Satukan gula perang dengan tepung dan serbuk koko yang telah di ayak. Gaulkan.
2. Pukul telur,susu, esen vanila dan golden sirap hingga separa kembang.

3. Kemudian masukkan pisang lecek dan campuran tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Tuangkan minyak jagung dan putar sekali lalu.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang bersaiz 7 inci yang telah di alas dan taburkan kepingan badam serta biji kuaci.
5. Bakar dengan ketuhar pada suhu 180'c selama 1 jam. Potong dan hidangkan apabila sejuk.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)