Assalamualaikum,
Pagi ini saya sekeluarga bersarapan pagi dengan kuih pulut serikaya. Nampak sedap sangat lapisan atas serikaya di blog Citarasawan buatkan saya ingin mencuba
Rupa kuih ni agak mirip dengan pulut sekaya cuma lapisan atasnya di campurkan dengan gula merah. Ada banyak versi resepi pulut serikaya di kalangan teman-teman blogger dan semuanya nampak memikat selera. Kali ini saya cuba resepi ini dahulu dan ternyata sedap.
PULUT SERIKAYA
Sumber : Citarasawan
Lapisan Bawah
250gm beras pulut (rendam 2-3 jam)
150ml santan KARA
100ml air
1 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan di simpul
Lapisan Atas
120gm gula merah / gula melaka
50gm gula pasir
60ml air
200ml santan KARA
50gm tepung beras
5 biji telur - dipukul ringan
1 sudu teh esen vanila
1/8 sudu teh garam halus
Loyang 7" atau 8"
Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Toskan pulut, gaul bersama santan dan garam. Masukkan daun pandan. Kukus selama 30 minit. Angkat, keluarkan daun pandan dan gaul pulut hingga rata. Kemudian masukkan dalam loyang lain yang telah dileser sedikit minyak atau di alas dengan plastik. Tekan hingga padat dan ratakan.
2. Lapisan Atas : Masak gula melaka, gula dan air hingga larut. Biarkan sejuk dahulu.
3. Satukan santan, tepung beras, esen vanila, garam dan telur, gaul hingga sebati, kemudian masukkan sirap gula melaka, gaul hingga rata dan tapis ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana hingga naik wap sahaja.
4. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit atau hingga lapisan atas mengeras.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)