ASAM PEDAS AYAM

Assalamualaikum,

Hari minggu begini bolehlah bersantai dan menghabiskan masa dengan keluarga di rumah. Masakan istimewa tengahari ni adalah asam pedas ayam. Memang sedap, apalagi di masukkan nenas madu yang masam-masam manis kedalam kuahnya. Jom langsung saja lihat resepinya, hari ini tak dapat nak bercerita panjang. banyak aktiviti menunggu. Petang nanti dah janji dengan anak-anak nak bersantai di tepi pantai :)
ASAM PEDAS AYAM
Bahan-bahannya:
DI KISAR HALUS (BAHAN A)
15 tangkai cili kering - di rendam air panas hingga lembut
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar lada hitam 
1 inci belacan
BAHAN B
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1/2 biji nenas dipotong sederhana kecil 
BAHAN C
2 keping asam gelugur
5 tangkai daun kesum
1 biji tomato (potong 4)
Minyak untuk menumis
Cara memasak:

1. Goreng ayam separuh masak sekadar mengeringkan air ayam tu. 
2. Tumis bahan kisar sampai wangi dan pecah minyak.

3. Masukkan nenas kedalam bahan tumis dan biarkan sebati sambil di kacau.
4. Masukkan pula ayam, asam keping, tomato dan garam. Tambah air ikut kepekatan yang di sukai. 
5. Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan dan renihkan hingga masak.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)