Assalamualaikum,
Menu penyelamat ni memang paling sesuai di saat kesibukan melanda. Resepi yang ringkas tapi rasanya mantap. Sambal hijau ala-ala rumah makan padang memang enak bagi selera saya, dek kerana jatuh cinta pertama kali mencicipi (pinjam bahasa indonesia..hee..heee..hee) sambal balado Ijo di Restoran sederhana masakan padang ketika berkunjung ke Surabaya. Rasanya yang pedas-pedas enak memang membuka selera dan sedap sekali di gandingkan dengan ikan bakar, ayam ataupun ikan yang di goreng garing.
Resepi sambal hijau ini saya rujuk di SINI, tapi saya ubahsuai sedikit mengikut bahan-bahan yang ada di dapur rumah saya.
1/2 kg ikan kembung - di siang dan bersihkan
Bahan yang di gaul dengan ikan sebelum di goreng (di tumbuk halus)
1 sudu teh ketumbar
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 sudu teh garam
1 ulas bawang putih
* Kerana nak cepat saya hanya goreng ikan dengan garam dan kunyit hingga garing.
Bahan untuk sambal
100 gram cili padi hijau - buang tangkainya
5 ulas bawang merah - kupas dan belah dua
10 biji tomato hijau kecil - di hiris nipis
1/4 sudu makan garam
1 biji limau nipis- ambil airnya
1 sudu teh kiub ikan bilis
3 sudu makan minyak untuk menumis
*Oleh kerana anak-anak tak tahan pedas, saya guna cili hijau besar campur dengan cilipadi (100gm) dan gantikan tomato hijau dengan tomato merah.
Cara membuat sambal hijau:
1. Masukkan 1 gelas air ke dalam periuk, rebus cilipadi dan cili hijau besar hingga lembut dan masak. Angkat dan toskan.
2. Sediakan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang merah dan tomato hijau hingga lembut lalu di angkat.
3. Gunakan lesung batu, tumbuk cili yang di rebus tadi, tomato dan bawang merah, biarkan agak sedikit kasar.
4. Dengan menggunakan kuali bekas menggoreng tomato, tumis bahan yang telah ditumbuk, tambahkan garam dan kiub ikan bilis, kacau rata. Tumis hingga semua bahan bercampur. Tidak perlu terlalu lama menumis. Angkat dan masukkan ke mangkuk. Masukkan air limau nipis, kacau rata.
5. Atur ikan kembung yang di goreng garing tadi di dalam pinggan dan curahkan dengan sambal hijau yang telah siap. Hmmm...wallah ;)
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)