Assalamualaikum,
Rasa teringin nak makan coklat kek moist, maka malam tadi saya dan anak gadis saya pun memulakan operasi membuat kek coklat sebelum masuk tidur dan pagi ini tinggal nak letak toppingnya sahaja. Kali ini resepinya saya ambil di DI SINI dan ramai blogger dah mencubanya. Tergoda betul lihat gambar Kek Coklat kukus - Moist di blog yatie.
Saya biarkan saja anak saya 'decorate' sendiri kek coklat ni dan hasilnya agak kelam kabut sedikit dan meriah betul dengan strawberi. Hii..hi..hii..dah namanya baru belajar memang begitulah kan. Bangga betul dia bila saya beri kepercayaan tuang topping dan atur strawberi atas kek tu. Lagi pun kek ni cuma nak makan sendiri di rumah. Boleh je letak apa saja hiasan yang di sukai.
Bagi yang nak cuba resepinya ada di bawah ni. Izinkan saya 'share' ye yatie :)
KEK COKLAT KUKUS - MOIST
Bahan-bahan (saiz loyang 8 - 9 inci)
sumber : yatiememories.blogspot
Bahan A
100gm Serbuk Koko
250gm Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair
200gm Minyak Masak Sayuran
250gm Susu Pekat
Bahan B
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
Bahan C ( Di ayak)
150gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bicarbonat
1sudu kecil Baking Powder
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan A dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tapi tak perlu sampai menggelegak.
2. Satukan dengan telur yang di pukul dengan mixer tadi. Masukkan bahan C, iaitu tepung gandum yang di ayak bersama baking soda dan baking powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata menggunakan hand whisk.
3. Masukkan ke dalam loyang yang di lapik dengan kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dengan sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.
GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-Bahan
150gm cooking chocolate
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yang dipotong kecil.
Padamkan api dan kacau hingga choc cair.
Masukkan.minyak dan kacau.
Biarkan seketika baru dicurah atas kek
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)