SIAKAP BAKAR DENGAN SOS PEDAS ASAM JAWA ALA THAI

Assalamualaikum,

Masakan Thai memang menjadi kegemaran saya sekeluarga. Mungkin kerana Langkawi begitu dekat sekali dengan selatan Thailand dan makanan Thai banyak di jual di sini. Salah satu dari menu yang saya suka adalah ikan bakar yang di siram dengan sos pedas asam jawa. Rasanya memang sedap sekali, ala-ala menu yang di hidangkan di restoran Thai dan pasti keluarga anda suka.

Saya menggunakan ikan siakap untuk resepi ini, dan bagi yang ingin mencuba boleh saja tukarkan dengan apa pun jenis ikan yang menjadi kegemaran anda.
  SIAKAP BAKAR DENGAN SOS PEDAS ASAM JAWA ALA THAI 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan - di bersihkan (Terpulang apapun jenis ikan)
1 sudu besar gula Thai (Jika tak ada boleh gantikan dengan gula melaka)
1 sudu besar sos ikan Thai 
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air
1 sudu besar asam jawa (di ramas dengan 1/3 cawan air)

DI TUMBUK (Bahan B)
2 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah 
5 tangkai daun ketumbar
7 biji cili padi - di buang bijinya
Cara menyediakannya:

1. Bersihkan ikan, kelar dan keringkan dengan tisu dapur. Lumur garam dan bakar di dalam oven dengan suhu 200'c - api atas & bawah hingga masak. Boleh juga di bakar dengan 'magic pan'.
2. Sementara ikan masak, sediakan sosnya iaitu dengan memasukkan semua bahan B kedalam lesung batu dan tumbuk halus.
3. Tuang pula minyak kedalam kuali dan tumis bahan yang di tumbuk tadi hingga wangi.

4. Selepas itu masukkan jus asam jawa, sos ikan,gula dan air.

5. Kacau hingga bahan-bahan bercampur. Setelah sos masak, ia seharusnya ada rasa manis, pedas dan masam.
6. Setelah ikan masak keluarkan dari oven, hidangkan kedalam pinggan dan curahkan dengan sos.  

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)