KARI UDANG BELIMBING BULUH

Assalamualaikum,

Berbagai ragam kari di gayakan dalam masyarakat Melayu ataupun nusantara dan selalunya bahan-bahan yang di gunakan agak mirip di antara satu sama lain. Salah satunya adalah kari udang belimbing buluh. Bahan-bahan yang di gunakan di adun sendiri bukannya menggunakan serbuk kari yang di jual di pasaran. 

Bagi yang ingin mencuba bolehlah lihat resepi di bawah ni. Sukatan bahan resepi saya ambil dari blog kak Ann - periuk tanah, tetapi kari ini memang biasa ibu saya sediakan ketika dia masih sihat dulu, cuma biasalah orang lama kalau memasak cuma agak-agak sukatan bahan-bahan, tapi rasanya tetap juga enak.

Bagi yang ingin mencuba, jom kita lihat resepinya...
KARI UDANG BELIMBING BULUH 
Bahan-bahannya: 

500 gm udang - di bersihkan
2-5 biji cili hijau (ikut citarasa) - Saya gunakan cili merah 
1 batang serai
3 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar cili kisar- pekat
garam secukup rasa
1 cawan santan sederhana pekat
1 sudu teh serbuk kunyit - saya tambah
10 biji belimbing buluh (saya belah di tengah - tidak putus)
Bahan Tumbuk
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
***boleh tambah cili padi jika suka pedas
1/2 inci halia

Cara membuatnya:

1. Ambil bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia dan ditumbuk hingga halus.
2. Hiris halus serai. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi. Masukkan serai, daun kari, cili kisar dan serbuk ketumbar (yang dibancuh dengan 1/2 cawan air). Tumis hingga berbau wangi.
3. Masukkan santan dan biar mendidih. Kemudian masukkan udang, belimbing buluh, cili hijau/merah.
4.  Biar mereneh selama 5 minit dengan api sederhana besar dan perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)