Assalamualaikum,
Salam pagi jumaat, penghulu segala hari. Sarapan apa agaknya hari ni ye? Sesekali bersarapan dengan kuih tradisional pun sedap juga kan. Pagi ini saya ingin berkongsi resepi kuih tepung bungkus yang resepinya saya ambil di SINI.
Selalunya kita membeli je kuih ni kan. Kalau nasib tak baik, sebaik saja bungkusan di buka isinya pula lembik dan akhirnya buang begitu saja. Maklumlah dari luar nampak elok saja. Itu dari pengalaman saya sendiri. Apa kata sesekali cuba buat sendiri. Resepinya pun mudah sangat asalkan ada bahan mesti menjadi punya. Jom kita lihat resepinya.
KUIH TEPUNG BUNGKUS
Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sedikit garam
Daun pisang secukupnya
(Bahan B) Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan
Bahan C (saya tambah)
1 cawan tepung pulut
sedikit air
Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh bahan C hingga boleh bentukkan adunan tepung tersebut dan balut inti (nipis sahaja).
4. Bancuh bahan C hingga boleh bentukkan adunan tepung tersebut dan balut inti (nipis sahaja).
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)