Assalamualaikum,
Sebenarnya muffin ini terhasil kerana ingin menghabiskan stok tepung pulut hitam yang akan 'expiry' pada 28hb Disember nanti. Dah lama beli tepung pulut ni dan cadangan awalnya nak buat kuih koci pulut hitam tapi asyik bertangguh dari hari ke hari tau-tau dah hujung tahun :). Daripada membazir dan terbuang begitu sahaja, ada baiknya di hasilkan sesuatu.
Resepi ini saya rujuk di SINI. Satu adunan saya bakar dalam oven dan satu lagi saya kukus. Hasil keduanya memang sangat memuaskan, lembut dan gebu. Oleh kerana satu bungkus tepung pulut hitam cuma mengandungi 200gm isinya, saya ubahsuai sedikit resepi ini dengan menambah 50gm tepung gandum dan masukkan juga coklat chips kedalam adunan.
Jom kita lihat resepinya...
MUFFIN PULUT HITAM & KEJU
Sumber : Just try & taste
Bahan-bahan
Bahan:
150 gram gula pasir
2 biji telur ayam - Gred A (suhu ruang)
235ml susu cair
100 ml minyak masak/sayuran (boleh juga gunakan margerin cair)
1 sudu teh esen vanila
250gram tepung pulut hitam (saya gunakan 200gm pulut hitam + 50gm tepung gandum)
2 sudu teh baking powder (saya gunakan 1/2 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh soda bikarbonat)
1/4 sudu teh garam
120 gram keju cheddar parut (saya guna 100 keju parut + 20gm coklat chips)
Parutan keju untuk taburan secukupnya
Cara membuat:
1. Sediakan acuan muffin.Di dalam mangkuk besar ayak tepung pulut hitam, tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam . Ketepikan seketika.
2. Di dalam mangkuk lain masukkan telur, gula pasir, garam dan minyak. Kacau menggunakan spatula hingga rata. Masukkan tepung dan susu cair berselang seli, dalam 3 peringkat (3 kali). Kacau perlahan hingga rata dalam setiap peringkat tersebut. Masukkan pula keju parut dan coklat chips sambil di kacau rata.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin, taburi keju parut & coklat chips pada permukaan muffin. Masukkan acuan kedalam pengukus yang telah di panaskan dan kukuslah selama 25 hingga 30minit dan jangan buka kukusan selagi belum masak. lapik pengukus dengan kain bersih untuk mengelak dari air menitik
4. Adunan muffin ini juga boleh di bakar di dalam oven pada suhu 175'c.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)