Assalamualaikum,
Hidangan mee memang tidak menjemukan walau di goreng kering atau berkuah. Tapi, yang paling sedap sekali bagi saya adalah mee goreng basah yang di hidangkan pula dengan cili jeruk. Boleh terbabas diet di buatnya.
Untuk menikmati sepinggan mee basah dengan cili jeruk yang sedap kita tidak perlu cari di gerai atau restoran sebenarnya kerana kita boleh juga masak sendiri di rumah. Mee ini saya dah ubah suai sedikit dan menjadikannya kurang basah ikut selera anak-anak. Jom kita lihat resepi... :)
MEE GORENG BASAH DAN CILI JERUK
Sumber : Tulip77 - myresepi
600g mee kuning
3 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 tangkai pokok sawi
1 sudu besar pes cili kering
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat (Boleh lebihkan sedikit ikut selera)
3 cawan air panas - saya cuma guna 2 cawan air panas
3 ulas bawang putih
garam, gula & ajinomoto (saya tak letak ajinomoto tapi gantikan dengan kiub ikan bilis)
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes cili tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan kiub ikan bilis. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Suaikan ikut selera anda.
3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi dan kalau nampak air dah kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian kacau sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.
CILI JERUK
Sumber :
CMG - tiffinbiru
Bahan-bahannya
80 - 100
gram cili hijau segar, cuci dan toskan
230 ml
cuka makan
3 -4
sudu besar gula
1/2 sudu
teh garam
Cara
membuatnya:
1. Cili
hijau dipotong tapi jangan halus sangat biar kasar sedikit, kemudian celur
dalam air mendidih selama 20 saat. Tos kan dan biar sejuk.
2.
Sediakan botol, yang mana terlebih dahulu dicuci bersih dan rebus dalam air
panas selama 5 minit, toskan hingga betul-betul kering. Isikan botol tadi
dengan cili, biar padat. Tekan sedikit. Ketepikan.
3.
Bancuh cuka makan dengan gula dan garam, kacau rata hingga semua larut. Tapis
dan tuang ke dalam botol berisi cili hijau tadi hingga penuh, kalau tak cukup
tambah sedikit cuka lagi. Tutup dan biar di tempat teduh.
4. Lepas
4 - 5 jam anda boleh nikmati cili jeruk, yang sesuai dimakan dengan semua jenis
mi dan makanan pilihan anda. Pastikan sudu yang anda guna untuk mencedok cili,
kering dan bersih.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)