SPAGHETTI UDANG LADA HITAM

Assalamualaikum,

Sesekali tukar selera pula dengan makanan barat iaitu spaghetti. Selalunya anak-anak memang gemarkan spaghetti dan segala macam pasta, tak kiralah resepi apa pun yang di gayakan. Lagi pun spaghetti dan pasta resepinya memang mudah dan tak banyak bahan yang di gunakan. Hari ini saya ingin berkongsi resepi Spaghetti Udang Lada Hitam yang bagi selera saya memang sangat sedap. Jom kita lihat resepinya :).
SPAGHETTI UDANG LADA HITAM
Bahan-bahan
5 ekor udang - saiz sedang
80gm tomato - di buang bijinya dan hiris nipis
80gm lada benggala hijau - di hiris nipis
80gm lada benggala merah - di hiris nipis
50gm bawang besar - di cincang dadu
30gm bawang putih - di cincang 
180gm spagetti di rebus hingga empuk
30ml minyak zaitun
1 sudu teh serbuk lada hitam di campur dengan 1 sudu teh mentega
100ml air rebusan ayam 
garam secukup rasa
Cara membuatnya:

1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau wangi.

2. Masukkan sedikit air rebusan ayam dan udang. Biarkan hingga udang bertukar warna. Jika tida ada air rebusan ayam, boleh larutkan kiub ayam ke dalam 100ml air.
3. Kemudian masukkan lada benggala dan tomato. Goreng hingga layu sedikit, masukkan spaghetti dan kacau hingga sebati.
4. Seterusnya masukkan serbuk lada hitam yang telah di gaul dengan mentega dan sedikit air rebusan ayam.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam, taburkan daun pasli dan bolehlah di hidangkan. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)