MUFFIN BUAH CAMPURAN

Assalamualaikum, 

Muffin buah campuran memang enak di nikmati dengan secawan teh sebagai sarapan pagi. Tetapi ianya juga sesuai di hidangkan di dalam majlis malah boleh juga di buat untuk hidangan hari raya aidil adha yang bakal menjelang 3 hari lagi. Tetamu kecil yang bertandang pasti menggemarinya.

Resepi ini saya ambil dari majalah saji hasil perkongsian resepi asal kakzusemanisgula dan bagi yang ingin mencuba, saya kongsikan resepinya di sini.

MUFFIN BUAH CAMPURAN 
Bahan-bahan 
200gm tepung gandum 
2 sudu besar serbuk penaik 
110gm gula perang 
1 biji telur - Gred A
110gm mentega - cairkan atas double boiler 
200gm susu segar / susu cair
1 sudu kecil esen vanila
60gm buah campur
1/4 sudu kecil garam halus

BAHAN HIASAN
Buah campur

Cara menyediakannya :

1. Di dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula perang menggunakan whisk .
2. Kemudian masukkan mentega cair, esen vanilla dan susu cair.

3. Tambahkan tepung yang telah di ayak bersama dengan serbuk penaik dan masukkan juga garam halus.
4. Gaulkan buah campuran dengan sedikit tepung (ini untuk mengelakkan buah tersebut mendap selepas di bakar). Kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul sebati.
5. Seterusnya masukkan ke dalam acuan muffin dan taburkan buah campuran di atasnya. Bakar selama 30minit pada suhu 180'c (saya gunakan shuhu 170'c).

Nota: Muffin seakan roti tidak perlu digaul dengan kasar atau lama kerana gluten dalam tepung akan terbentuk yang menyebabkan muffin menjadi liat dan keras.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)