RENDANG DAGING - Hari Raya Aidil Adha.

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan untuk semua pembaca yang sudi singgah di blog ini. Bagi yang pulang ke kampung pasti gembira berkumpul dengan sanak dan saudara tetapi soal keselamatan jangan di lupakan. Walaupun sambutannya tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri, ia tetap perayaan yang istimewa kerana merupakan hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Baiklah..walaupun di sambut sederhana, saya tetap menyediakan hidangan istimewa untuk keluarga iaitu rendang daging dan ketupat daun palas. Jom kita lihat resepinya...saya ambil dari resepi asal Chef Hanieliza - Rendang campur di dalam buku 1 Hari 1 Resipi, tapi saya hanya menggunakan daging.
RENDANG DAGING 
Sumber : Chef Hanieliza - resepi asal rendang campur

Bahan A
1 Kilogram daging 
3 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula (saya gunakan gula melaka)
garam secukup rasa
daun kunyit - di mayang halus
2 helai daun limau purut di koyak
Minyak masak secukupnya
air secukupnya

Bahan B (Di kisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai 
15 tangkai cili kering (saya tambahkan sedikit kerana suka pedas)
15 bij cili api (sekiranya suka)
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara membuatnya:

1. Daging di potong kecil, basuh sehingga bersih dan toskan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daging dan daun kunyit serta daun limau purut.

3. Masukkan pula santan, garam, air asam jawa, gula dan kerisik. Masak sehingga daging lembut.
4. Apabila sudah terbit minyak dan pekat, bolehlah di angkat dan hidangkan. Saya gandingkan dengan ketupat palas...mmm memang sedap.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)