AGAR-AGAR LUMUT

Assalamualaikum,

Resepi agar-agar yang paling mudah dan cepat di sediakan asalkan ada semua bahan-bahannya. Sesuai juga untuk sebarang majlis kerana rasanya yang sedap dan di sukai oleh berbagai peringkat umur. Kebetulan anak gadis saya yang baru habis PMR beria-ia nak belajar cara buat puding atau agar-agar yang mudah...dan inilah resepi yang sesuai. Seronok tau perasaan seorang ibu bila anak menunjukkan minat untuk belajar memasak. Harap-harap lepas ni dapatlah merasa agar-agar lumut buatannya atau lepaslah kalau dia nak buat sendiri jika ada majlis makan-makan dengan teman sekolahnya.

Jom kita tengok...macamana rupa agar-agar lumut tu.

AGAR-AGAR LUMUT.
Sumber : Citarasawan

Bahan A
15gm serbuk agar-agar
750ml air 
225gm gula pasir

Bahan B
5 helai daun pandan + 250ml air (kisar jadikan jus pandan)
350ml santan pekat KARA (saya gunakan santan asli)
2 biji telur 
1/8 sudu teh garam halus 
pewarna hijau 

Loyang 8" atau acuan disukai (basahkan terlebih dahulu)

Cara-cara:

1. Masak bahan A hingga mendidih, perlahankan api.
2. Bahan B : Kisar daun pandan dan air, tapis kemudian campurkan dengan santan, garam, pewarna dan telur. Pukul sedikit dengan whisk dan tapis ke dalam agar-agar yang mendidih tadi. Biarkan seketika baru di kacau perlahan-lahan.
3. Tuang ke dalam acuan yang di sukai.
4. Biarkan suam dahulu baru di simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.





0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)