MUFFIN PISANG WALNUT

Assalamualaikum,

Salam pagi jumaat. Pagi ini sarapan yang cepat di sediakan iaitu muffin pisang walnut. Memang sedap kombinasi manisnya pisang yang masak ranum dan walnut cincang yang ranggup. Di nikmati pula panas-panas dengan secawan kopi. Saya memang suka buat muffin kerana langkahnya lebih mudah daripada membuat kek dan tidak perlu keluarkan 'electric mixer' dari simpanan. Cuma gunakan 'hand whisk' dan proses membuatnya juga cepat. 

Kalau nak mencuba resepi ni...bolehlah ikut resepi di bawah. Memang menjimatkan jika kita buat muffin sendiri. Beli di bakery, Starbucks atau kenny rogers memanglah sedap tapi hari-hari beli di luar, 'kopak' juga di buatnya. Apalagi yang ada anak ramai macam saya ni. Nak makan sedap kenalah usaha lebih kan...hee...hee...hee...

MUFFIN PISANG WALNUT
Bahan A
4 biji pisang masak ranum (jika saiz pisang agak besar, gunakan 3 biji sahaja).
1 biji telur - Gred A
3/4 cawan gula kastor
1/3 cawan mentega yang di cairkan (lebih kurang 75gm) 
Pisang yang masak ranum begini memang sesuai untuk di buat muffin 

Bahan B (Ayak semuanya)
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
secubit garam
1 1/2 cawan tepung gandum 

Bahan C
1/2 cawan walnut - di cincang (boleh lebihkan sedikit jika suka)
Cara membuatnya:

1. Panaskan oven 180'c dan isikan loyang muffin dengan cawan kertas. (Saya gunakan cawan muffin kertas).

2. Sementara itu, kupas pisang dan lenyek hingga hancur dan ketepikan.
3. Dalam sebuah mangkuk, campurkan gula dengan mentega cair dan pukul hingga sebati dan gula hancur dengan menggunakan 'hand whisk'. Masukkan telur, pukul lagi dan masukkan walnut cincang.
4. Masukkan pula bahan kering (bahan A) ke dalam adunan tersebut dan kacau sekadar adunan bercampur dengan menggunakan spatula. (Jangan terlebih kacau kerana muffin akan menjadi keras).

5. Tuang adunan tadi ke dalam cawan muffin (kira-kira 3/4 cawan), dan taburkan lebihan walnut cincang ke atasnya.
6. Bakar kira 20minit atau sehingga masak dan bolehlah di hidangkan.

Tips : Untuk mencairkan mentega dengan mudah, sila gunakan kaedah 'double boiler'. Boleh juga gantikan mentega dengan minyak jagung atau sayuran.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)