ASAM PEDAS IKAN

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu untuk pembaca yang sudi singgah di sini. Bagi yang sedang bercuti dan merancang untuk masak tu, tentu tercari-cari menu yang ringkas dan enak untuk di sajikan kepada keluarga tercinta. Maklum saja pada hari minggu begini sahaja lah kita punya waktu untuk bersantai dengan keluarga di rumah setelah masing-masing sibuk pada hari-hari biasa. Untuk menu tengahari ni apa kata kita masak asam pedas ikan. Hmm..tentu sedap apalagi jika memasaknya dengan ikan segar yang di beli sendiri dari pasar. 

Rasanya semua orang tahu masak asam pedas kerana ia adalah sejenis masakan yang di gemari tiap lapisan masyarakat. Walaupun begitu, saya ingin juga berkongsi resepinya di sini untuk rujukan anak gadis saya dan pembaca yang baru belajar memasak. Resepi yang mudah begini memang sesuai untuk di cuba.

Jom lihat resepinya :)
ASAM PEDAS IKAN 
1 ekor ikan siakap di potong (Boleh gantikan dengan apa-apa jenis ikan)

Bahan A (Di kisar)
12 tangkai cili kering - di rendam dalam air panas hingga lembut
3cm kunyit hidup
3cm belacan
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
2 cawan air 
Bahan B
1 batang serai - di ketuk sedikit 
1 kuntum bunga kantan - di belah dua 
5 tangkai daun kesum
garam dan gula secukup rasa
kacang bendi
1 biji tomato - di belah empat
1/2 cawan air asam
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara membuatnya:

1. Tuang minyak ke dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau, sambil di kacau. Masukkan pula air asam jawa dan kacau hingga mendidih.
2. Masukkan juga bunga kantan, daun kesum dan bendi. Tambahkan sedikit lagi air mengikut kepekatan yang di kehendaki dan renih sebentar.

3. Masukkan pula ikan, garam dan gula di dalam kuah tersebut serta kecilkan sedikit api dapur. Biarkan ikan masak dan masukkan pula tomato. 
4. Suaikan rasanya dan bolehlah matikan api dapur dan hidangkan bersama lauk lain dan nasi panas.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)