CUCUR JAGUNG BERUDANG

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca yang sudi singgah si sini? Harapan saya pagi ini dan seterusnya kita sentiasa ceria dan di berikan kesihatan yang baik. Sarapan apa agaknya pagi ni ya? Saya di sini sempat juga membuat cucur jagung yang di campurkan dengan udang untuk anak-anak bersarapan sebelum ke sekolah. Kebetulan petang semalam saya ke pasar basah dan membeli udang kecil. Mulanya saya bercadang untuk merampai atau campurkan udang tersebut dalam hidangan sayuran tapi akhirnya bertukar fikiran kepada menu yang satu ini. Sedap...dah lama tak makan cucur jagung.

Jom kita lihat resepinya...
CUCUR JAGUNG BERUDANG
Sumber : Kakida 1001 resepi 

Bahan-bahan
2 Cawan tepung gandum 
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan udang kecil putih
1 biji bawang besar di cincang
1 biji cili merah cincang
1 cawan daun kucai - potong pendek
3/4 cawan isi jagung - saya gunakan jenis whole kernel di dalam tin
2 sudu kecil garam (boleh kurangkan jika masukkan kiub ikan bilis)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit serbuk
perisa jika suka (saya masukkan 1 kiub pati ikan bilis)
(Campurkan semua bahan diatas dalam sebuah mangkuk dan gaul)
Jumlah air untuk bancuhan adunan
campurkan 1/2 cawan air panas mendidih dengan 1 1/2 cawan air biasa
Tambahan 1/2 cawan tepung gandum untuk mengimbangi kepekatan adunan cucur tadi.

Cara membuatnya:

1. Tuangkan air sedikit-sedikit ke dalam campuran tepung dan gaul rata.
2. Masukkan setengah cawan tepung tambahan tadi sikit-sikit dan gaul hingga betul-betul sebati.
3. Panaskan minyak, sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan. Hidang panas dengan sos dan mayonnaise.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)