ZUCCHINI BREAD

Assalamualaikum,

Selalunya jika saya ke pasaraya dan masuk ke bahagian barangan basah, begitu teruja sekali melihat sayuran segar yang di import dari negara luar atau dari tanah tinggi cameron highland. Tapi masalahnya kurang pengetahuan pula untuk mempelbagaikannya dalam masakan. Salah satu darinya adalah timun jepun ataupun Zucchini. Saya pernah juga membelinya sebelum ini dan sekadar menggunakannya dalam campuran salad atau di buat ulam dan cicah dengan sambal. Kali ini saya telah membuat 'zucchini bread' dan...mmmm ternyata rasanya sedap sekali. Resepinya saya lihat di Joyofbaking, tapi telah saya ubah mengikut kesesuaian dan bahan-bahan yang ada di dapur saya.

Jom kita intai resepinya... ;)
ZUCCHINI BREAD 

Bahan A
1/2 cawan buah campuran 
1 cawan zucchini yang telah di parut dengan kulitnya sekali (Untuk corak kek yang menarik)
1/2 cawan epal hijau di parut (kupas kulitnya terlebih dahulu)
Bahan B (Di ayak)
1 1/2 cawan tepung gandum 
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan C
1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Sapu loyang bersaiz 5' x 9' dengan mentega dan ketepikan.

2. Sementara itu masukkan semua bahan C ke dalam mangkuk dan pukul hingga gula hancur dan adunan berkrim.
3. Masukkan pula parutan zucchini dan epal tadi lalu di pukul lagi.
4. Masukkan pula bahan-bahan B sedikit demi sedikit sambil di pukul lagi. Akhir sekali masukkan buah campuran dan di kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang.
5. Bakar selama 45minit atau hingga masak dengan suhu ketuhar 180'c (bergantung kepada kapasiti ketuhar masing-masing).

6. Uji samaada ianya telah masak dengan mencucuk lidi di tengah kek tersebut. Jika lidi tersebut bersih tanpa ada adunan yang melekat, ianya telah masak dengan sempurna.

Ni lah rupa Zucchini yang saya gunakan 
Foto : Ehsan Google 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)