PUDING TEMBIKAI SUSU

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi resepi puding tembikai susu. Jika ada kelapangan waktu malam, saya suka masak puding atau agar-agar walaupun yang mudah-mudah dan masukkan ke dalam peti ais. Jadi sekembalinya anak-anak dari sekolah mereka ada sesuatu yang segar untuk di nikmati. Kali ini saya buatkan puding tembikai susu dek kerana tertarik melihat foto puding yang mengiurkan setelah blogwalking ke SINI.

Puding ini memang sedap dan lemak-lemak manis. Kepada tuan punya resepi, mohon maaf jika ada sedikit kelainan cara membuatnya dari resepi asal. Izinkan saya berkongsi resepinya di sini.
PUDING TEMBIKAI SUSU
Bahan A
10 gm serbuk agar-agar

Bahan B
1 tin susu cair(400 ml)
100 ml susu pekat manis
100 ml air
3 sudu besar gula pasir - boleh ubah ikut kemanisan yang di kehendaki
2 biji telur - di pukul sedikit dengan garfu
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
500 gm buah tembikai susu – dikisar (tanpa air). Resepi asal kisar 400gm buah tembikai susu dan potong dadu 100gm.
Beberapa titis pewarna hijau
Cara-cara :

1. Kacau semua bahan B di dalam mangkuk dengan whisk dan tuang ke dalam periuk. Renehkan dengan api perlahan dan kacau.
2. Tuang buah tembikai susu yang telah dikisar. Kacau rata.

3. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut. Titiskan pewarna hijau dan kacau biar sekata warnanya dan tutup api.

4. Masukkan ke dalam bekas pilihan atau loyang dan biarkan keras. Boleh disejukkan di dalam peti ais.



0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)