Assalamualaikum,
Hmm...zucchini lagi hari ni? Sebenarnya masih berbaki lagi zucchini selepas saya baking dua hari lepas. Daripada membazir dan biarkan kecut dalam peti sejuk ada baiknya saya tukarkannya menjadi chocolate zucchini cake untuk anak-anak bersarapan pagi ni. Resepinya saya rujuk dari berbagai sumber di internet dan ubahsuai sedikit mengikut bahan-bahan yang ada. Kek ini jenis yang 'moist' dan kalau letak toping mesti sedap. Saya cuma taburkan gula icing ke atasnya kerana tak sempat nak buat toping.
Hari ini tak boleh bercerita panjang kerana ada kecemasan dan ingin meluangkan masa untuk menziarahi keluarga abang saya di Perlis yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Maklumlah bila tinggal di Langkawi ni, jika nak keluar ke tanah besar terpaksa menaiki feri dan saya serta keluarga di sini ambil keputusan untuk keluar awal sedikit agar dapat pulang awal kerana anak sulung menduduki kertas akhir peperiksaan PMR pagi ini dan terpaksa di tinggalkan..begitu juga dengan dua orang lagi adiknya yang di sekolah rendah. Risau juga jika tinggalkan anak-anak tanpa pengawasan.
Sebelum tu jom intai resepi chocolate zucchini cake...
Bahan A
½ cawan butter
1½ cawan gula kastor
2biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan susu segar
Bahan B (Di ayak)
2½ cawan tepung gandum
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonat
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh serbuk kayu manis
½ sudu teh garam
Bahan C
2 cawan zucchini yang telah di parut
Cara membuatnya:
1. Pukul butter dan gula hingga berkrim, tambahkan telur satu persatu dan pukul lagi.
2. Masukkan telur, pukul sebentar dan masukkan pula bahan B yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan sambung putar seketika hingga adunan bercampur dengan baik.
4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45minit atau sehingga kek masak. Uji dengan mencucuk lidi di tengah kek. Jika lidi tersebut bersih tanpa ada adunan yang melekat itu bermakna kek tersebut telah masak.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)